Wakil BN mahu lompat parti
Anwar: Wakil BN mahu lompat parti
Mar 17, 08 8:23pm
Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan beliau kini sedang mengadakan rundingan dengan sejumlah anggota parlimen BN yang berhasrat berpindah kepada parti-parti pembangkang setelah parti pemerintah itu mengalami ketewasan besar-besaran baru-baru ini.
“Mereka datang dan mendekati kita,” kata Anwar. ekas timbalan perdana menteri itu menambah, beliau telah bercakap dengan “sejumlah” wakil rakyat BN dan memaklumkan bahawa sokongan mereka tidak akan diberikan ganjaran.
“Jika mereka mahu menukar parti dengan sejumlah harga, nampaknya mereka telah memilih parti yang salah,” katanya.
Tambahnya, mereka dialu-alukan beralih parti “jika mereka menerima agenda kita”.
Anwar mengesahkan beliau kini sedang mendapatkan dukungan ahli-ahli parlimen BN dari Malaysia timur, kumpulan sokongan besar yang boleh menumbangkan parti itu jika berlaku pertukaran parti.
BN menguasai 51 kerusi di Sabah dan Sarawak, sementara DAP hanya menang dua. PKR gagal di semua kerusi.
Parti-parti pembangkang kini memperolehi 82 daripada 222 kerusi parlimen, kurang 40 kerusi lagi untuk memerintah dengan majoriti mudah.
berita asal: Anwar: Wakil BN mahu lompat parti
Pimpinan Abdullah Punca BN Kalah Teruk
Pimpinan Abdullah Punca BN Kalah Teruk
Harap Agong Tak Perkenan Beliau Jadi PM
Ruhanie Ahmad
Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi wajar mengosongkan kerusi Pengerusi Barisan Nasional (BN) dengan serta merta dan tidak lagi layak dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia.
Ini kerana prestasi BN dalam PRU12 – BN hanya beroleh majoriti mudah di peringkat Parlimen dan kehilangan kerajaan negeri Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor, di samping Kelantan yang gagal di tawan semula sejak 1990 – adalah akibat kepimpinan beliau yang pincang, lemah dan amat ditolak oleh rakyat jelata.
Para penganalisis politik tanah air di beberapa rangkaian TV tempatan yang memberikan ulasan selari kepada keputusan PRU12 seolah-olah tercari-cari apakah sebab utama kekalahan teruk BN dalam pilihan raya umum kali ini.
Menerusi analisa saya berasaskan komen-komen rakyat jelata yang diluahkan menerusi media internet sejak setahun yang lalu, punca utama BN era Abdullah kalah teruk adalah kepincangan kepimpinan Abdullah, kedolak-dalikan kenyataan dan keputusan Abdullah, perilaku menantu Abdullah yang manipulatif dan umpama kadok naik junjung, dan juga persepsi umum bahawa Malaysia kini seolah-olah sudah digadaikan kedaulatannya kepada sebuah kuasa asing serantau yang tertentu.
Pada waktu yang sama, sejak kira-kira enam bulan yang lalu pula, beberapa kenyataan dan keputusan Abdullah kelihatannya seperti menjadikan orang Melayu tidak lagi relevan kepada usaha BN mempertahankan kuasanya menerusi pilihan raya umum.
Lantaran itulah wujud double standard dalam layanan era Abdullah terhadap kelompok Melayu yang berdemonstrasi di Batu Buruk, Terengganu, dengan kelompok Hindraf yang dituduh sebagai melakukan percubaan membunuh anggota polis sewaktu menunjuk perasaan di Kuala Lumpur.
Seluruh hakikat di atas banyak dipolemikkan menerusi internet. Seluruh hakikat di atas juga menyebabkan segolongan orang Melayu jadi terhiris hati dan terguris jiwa. Tetapi, Abdullah tidak ambil peduli. Akibatnya, hari ini, sindrom penafian Abdullah itu pun dimanifestasikan oleh rakyat jelata menerusi keputusan PRU12.
Oleh itu, Abdullah wajar mengosongkan kerusi Pengerusi BN dengan seberapa segera. Oleh itu juga, Abdullah tidak lagi wajar dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia. Keputusan PRU12 membuktikan bahawa majoriti rakyat Malaysia tidak lagi mempunyai keyakinan terhadap Abdullah untuk memimpin dan mentadbirkan negara ini.
Antara sebab-sebab utama mengapa Abdullah perlu mengosongkan kerusi kepimpinan BN dan tidak layak dilantik sebagai Perdana Menteri adalah seperti berikut:
Satu: Kerajaan BN pimpinan Abdullah kehilangan empat kerajaan negeri di samping Kelantan.
Dua: BN Pulau Pinang pimpinan Abdullah kehilangan Kerajaan Negeri Pulau Pinang.
Tiga: Kerajaan BN pimpinan Abdullah menyaksikan lima menteri kabinetnya (termasuk dua presiden parti komponen BN) tewas dalam PRU12.
Empat: Kerajaan BN pimpinan Abdullah gagal menunaikan janjinya untuk mengurangkan kadar rasuah dan kronisme.
Lima: Kerajaan BN pimpinan Abdullah menimbulkan persepsi umum bahawa ekonomi Malaysia hari ini seolah-olah sedang diasak oleh sebuah kuasa asing serantau yang tertentu.
Enam: Kerajaan BN pimpinan Abdullah mewujudkan Wilayah Pembangunan Iskandar (WPI) yang menimbulkan persepsi umum bahawa Malaysia sedang digadaikan kedaulatannya kepada sebuah kuasa asing serantau yang tertentu.
Tujuh: Malaysia pimpinan Abdullah yang menjadi pengerusi OIC dan NAM kelihatan tidak memberikan perjuangan yang berkesan di pelantar antarabangsa.
Tujuh: Kerajaan BN pimpinan Abdullah seolah-olah di kuasai sepenuhnya oleh menantu Abdullah dan kroni-kroninya sehingga menyebabkan kekecewaan rakyat jelata yang paling maksima.
Lapan: Kerajaan BN pimpinan Abdullah tidak mempunyai sensitiviti terhadap modal asing tertentu dalam perniagaan strategik negara dan juga seolah-olah tidak membuka peluang perniagaan kepada bumiputera.
Sembilan: Kerajaan BN pimpinan Abdullah kelihatan mengambil for granted sokongan Melayu terhadap BN walaupun jiwa orang Melayu diguris dan dihiris oleh beberapa kenyataan dan tindakan Abdullah sendiri.
Sepuluh: Kerajaan BN pimpinan Abdullah menggula-gulakan rakyat jelata dengan projek-projek koridor mega yang trillion ringgit kosnya semata-mata untuk menutup kesilapan besar akibat pelancaran WPI.
Sebelas: Kerajaan BN pimpinan Abdullah menyebabkan kesangsaraan rakyat akibat kenaikan harga barang-barang keperluan dan kos sara hidup yang seolah-olah gagal dikawal.
Duabelas: Kerajaan BN pimpinan Abdullah menyaksikan peningkatan kadar jenayah dan menjadikan titik permulaan kekuasaan kumpulan penjenayah asing berleluasa di Malaysia.
Demikianlah di antara kepincangan dan ketempangan kepimpinan Abdullah. Perkara-perkara di atas sudah disuarakan secara meluas menerusi media alternatif. Tetapi, Abdullah dan sindrom penafiannya tidak mengambil hirau. Ini kerana Abdullah hanya mahu mendengar nasihat kumpulan pegawainya di Aras Empat JPM sahaja.
Kini nasi sudah menjadi bubur. Abdullah tidak mampu memperbaiki keadaan. Beliau wajar mengundurkan diri secara terhormat, bermaruah dan dengan segera. Ini akan membolehkan Malaysia yang dikuasai dengan hanya majoriti mudah di Parlimen, ditadbir oleh pihak yang lebih cekap, lebih sensitif kepada tuntutan rakyat jelata dan lebih prihatin terhadap pemeliharaan kedaulatan negara pada setiap masa.
dipetik dari laman:
Kini Waktu Berterus Terang
A Kadir Jasin
[PERINGATAN: Komen menggunakan pengenalan anonymous tidak akan dilayan. Sila gunakanlah nama sebenar atau nama samaran yang sesuai. Ulasan yang mengandungi unsur fitnah, hasutan, perkauman dan bahasa kesat atau lucah tidak akan disiarkan. Ulasan yang terkeluar daripada tajuk tidak akan diberi keutamaan.]
SESUDAH pengundi Malaysia membuat kata putus dengan memberi kejutan voltan tinggi kepada Barisan Nasional adalah tidak tetap dan tidak wajar lagi bagi sesiapa pun berselindung-selindung dan teragak-agak.
Realitinya BN kehilangan banyak kerusi Parlimen, terlepas kawalan ke atas Pulau Pinang, Kedah, Selangor dan Perak serta ketewasan beberapa tokoh berprofil tingginya, termasuk tiga orang menteri.
BN ditolak kerana ia dilihat sebagai tidak cekap dan tidak sensitif kepada kehendak rakyat tetapi pada masa yang sama bongkak, mungkir janji, mengamalkan pilih kasih dan gagal menangani isu-isu massa seperti kenaikan harga barang dan kadar jenayah.
Kerana dinasihati oleh anggota “kabinet dapur” yang jahil tetapi bongkah serta rakus – mereka yang digelar 3K, JKKK dan Budak Tingkat Empat — dan menyisihkan jentera serta veteran parti, Perdana Menteri merangkap Presiden Umno dan Pengerusi BN sering tersilap membuat perkiraan.
Kepemimpinan kerajaan dan parti dilihat sebagai mempersendakan suara dan aspirasi rakyat dengan membuat kenyataan-kenyataan yang menyinggung perasaan yang kemudiannya dihebahkan secara meluas oleh media massa arus perdana yang pro-pemerintah.
Misalnya:
1. Perdana Menteri, pada hari penamaan calon, menyifatkan pakatan pilihan raya pembangkang sebagai “syok-syok sahaja”;
2. Perdana Menteri yang mencabar penunjuk perasaan supaya menggunakan peti undi sebagai tempat mutakhir menunjuk perasaan;
3. Menteri Kerja Raya yang mengatakan dia sedia berhenti jika rakyat jelata tidak mahukan dia lagi. Dia terus bertanding dan rakyat menyahut seruannya dengan mengundi pembangkang. Maka kecundanglah dia pada hari jadinya yang ke-72;
4. Menteri Penerangan (yang kalah di Sungai Petani) yang menyifatkan para blogger sebagai “syok sendiri.”;
5. Dia juga “bersumpah” akan memastikan lawannya hilang wang pertaruhan. Lawanya tidak hilang wang pertaruhan sebaliknya dia yang hilang kerusi; dan
6. Timbalan Ketua Pemuda (yang menang di Rembau) yang berkata tugasnya adalah memporak-perandakan pembangkang. Malangnya yang berlaku adalah di sebaliknya. Pembangkang memporak-perandakan BN.
Sekali pun benar bahawa keperibadian, gaya, kaedah serta prestasi Perdana Menteri menjadi pertikaian, faktor yang benar-benar menyebabkan pentadbiran beliau menjadi begitu tidak popular adalah persepsi mengenai kesombongan dan keangkuhan segelintir kecil manusia di sekelilingnya.
Dalam tempoh kerjaya kewartawanan saya selama hampir 40 tahun, saya tidak pernah melihat sekumpulan orang di sekeliling seorang Perdana Menteri yang begitu dicurigai dan dibenci tetapi pada masa yang sama sangat ditakuti.
Hasil mengejutkan keputusan pilihan raya ini tidak dapat tidak akan mencetuskan tanda tanya mengenai kewibawaan, integriti serta kesahihan kedudukan Perdana Menteri sebagai ketua kerajaan dan Presiden Umno.
Apatah lagi banyak calon yang dikaitkan terus dengan Perdana Menteri dan “kabinet dapurnya” seperti Azim Zabidi (Bukit Gantang), Osman Desa (Sik), Zainuddin Maidin (Sungai Petani), Annuar Musa (Ketereh) dan Awang Adek Hussin (Bachok) kecundang.
Di pihak pembangkang pula, tindak-tanduk mereka akan diperhatikan dan dinilai bagi memastikan sama ada mereka juga akan menjadi sombong, angkuh dan pendendam kerana kuasa.
Atau mereka menjadi pemegang amanah yang berhemah, merendah diri, sederhana dan bertimbang rasa.
Dan apakah dasar-dasar dan program-program mereka lebih baik daripada BN.
dipetik dari laman:
http://kadirjasin.blogspot.com/2008/03/kini-waktu-berterus-terang-kadir-jasin.html
Siasatan kes video Lingam: Usah menaruh harapan tinggi
| Jangan menaruh harapan yang terlalu tinggi (Bhg 1) |
| Lee Ban Chen | Jan 17, 08 3:31pm |
| Suruhanjaya siasatan diraja klip video Lingam yang diketuai oleh Haidar Mohamed Noor (bekas Hakim Besar Malaya), dan dianggotai oleh Steve Shim Lip Keong (bekas Hakim Besar Sabah dan Sarawak), Zaitun Zawiyah Puteh (bekas Peguamcara Negara), Mahadev Shankar (bekas Hakim Mahkamah Rayuan ) dan Dr Khoo Kay Kim (pakar sejarah dan pesuruhjaya Suhakam) memulai prosidingnya pada 14 Januari 2008 sebagai peristiwa penting berkaitan dengan prospek kedaulatan dalam badan kehakiman di negara kita.
Namun kesal sekali, permulaan prosidingnya telah dicemari dengan kesangsian suruhanjaya itu mungkin tidak dapat menyempurnakan tugasnya secara bebas dan adil kerana tiga orang anggotanya, iaitu Haidar, Shim dan Zaitun enggan menarik diri sungguhpun mereka dimohon berbuat demikian oleh peguam M Puravelan yang mewakili Anwar Ibrahim, R Sivarasa dan Sim Tze Tzin kerana keanggotaan mereka dalam suruhanjaya terbabit telah menimbulkan persepsi percanggahan kepentingan. Kerana menurut Puravelan, Haidar adalah anggota lembaga amanah Yayasan Kepimpinan Perdana (PLF) yang diketuai oleh Tun Dr Mahathir Mohamad, dan beliau rapat dengan Tun dan Tan Sri Vincent Tan Chee Yioun, seorang lagi anggota lembaga PLF yang namanya juga disebut dalam klip video terbabit, dan Tun dan Tan kedua-duanya adalah saksi dalam prosiding nanti. Dibangkitkan Puravelan bahawa Haidar dan Shim adalah hakim dalam kes saman fitnah Raphael Pura di mana dakwaan rasuah dalam badan kehakiman telah diputuskan sebagai tidak relevan, dan Haidar dan Shim juga pernah menganggotai panel hakim yang mendengar kes kontroversi yang membabitkan Lingam. Zaitun pula terbabit dalam pendakwaan kes salahguna kuasa terhadap Anwar Ibrahim yang namanya (Anwar) juga turut disebut dalam klip video terbabit. Justeru, ia membawa implikasi ada kemungkinan Zaitun telah bersikap berat sebelah ketika menjalankan tugasnya sebagai peguamcara negara. Permulaan prosiding yang kurang berwibawa ini, didahului (pada 12 Januari) pula dengan insiden pengakuan secara terbuka seorang ahli perniagaan, Loh Mui Fah, 58, bahawa beliau adalah lelaki yang dilihat dalam bahagian kedua klip video Lingam yang didedahkan oleh PKR September lalu. Dan lebih penting lagi, beliau menyatakan klip video sepanjang 14 minit perbualan telefon peguam VK Lingam itu dirakam oleh anak lelakinya, Loh Gwo Burne, 33, tanpa diketahuinya pada 20 Disember 2001 bila Loh dan anaknya diundang ke rumah Lingam untuk makan malam dan mengendalikan urusan perundangan sebagai anak guam Lingam. Nasihat dedah identiti Dalam satu temubual eksklusif dengan Malaysiakini, Loh kata beliau terpaksa mengambil keputusan untuk mendedahkan identitinya kerana mahu “pihak berkuasa berhenti daripada mengganggu dan menceroboh privasi dirinya dan keluarganya”. Menurut Loh, beliau sering diekori dan diintip oleh orang yang tidak dikenali yang kemudiannya disahkan oleh pihak Badan Pencegah Rasuah (BPR) bahawa ejen mereka sedang memerhatikannya dan anak-anaknya. Loh pernah dipintas oleh pegawai BPR di Melaka ketika dalam perjalanan ke Singapura dan beliau diminta mengikut mereka pulang ke Kuala Lumpur untuk memberi kenyataan. Loh menolak permintaan yang tidak munasabah itu kerana beliau enggan dilayan sebagai penjenayah. Beliau lalu diminta bercakap dengan ‘bos’ pegawai terbabit, yang dipercaya dari ibu pejabat BPR. Loh memberitahu ‘bos’ itu bahawa tempat yang paling baik untuk beliau memberi kenyataan ialah suruhanjaya siasatan diraja yang ditubuhkan untuk menyiasat klip video tersebut. Loh mendakwa beliau sebenarnya dipaksa pihak BPR untuk mendedahkan identitinya secara terbuka, kerana beliau telah dinasihat supaya mengambil tindakan itu bagi menjaga keselamatannya. ‘Sikap negatif’ Pada 5 November 2007, melalui setiausahanya, Loh telah menulis surat kepada Perdana Menteri Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi menawar untuk memberi bantuan sebagai seorang saksi dalam siasatan klip video terbabit jika perdana menteri dapat memberi jaminan terhadap keselamatannya. Namun tawaran yang amat berguna itu tidak mendapat sambutan sewajarnya. Menurut Loh, secara kebetulan beliau telah terlibat dalam klip video yang amat sensitif itu. Mula-mula beliau cuba menjauhkan diri daripada kontroversi terbabit kerana tidak mahu dilihat sebagai seorang yang pro-pembangkang dan didiskriminasi oleh pihak berkuasa terbabit. Namun selepas diganggu, diugut dan berbincang dengan pihak-pihak berkaitan, beliau menarik kesimpulan hanya melalui tindakan mendedahkan identitinya sebagai saksi dalam klip video terbabit, maka keselamatan peribadinya barulah lebih terjamin. Pengalaman Loh, bersama pengalaman Anwar Ibrahim, R Sivarasa dan Sim Tze Tzin, telah membuktikan sikap negatif pihak berkuasa dalam menangani siasatan klip video terbabit – seolah-olah ingin menutup skandal terbabit melalui gangguan dan ugutan terhadap saksi-saksi potensi dan keengganan dalam penubuhan sebuah suruhanjaya siasatan diraja dengan anggota-anggota yang berintegriti dan wibawa. Dalam keadaan demikian, adalah lebih realistik tidak menaruh harapan yang terlalu tinggi terhadap prosiding dan keputusan suruhanjaya siasatan diraja nanti! dipetik dari laman: |
Sindrom Mudah Lupa (Bhg II)
| Sindrom Mudah Lupa (Bhg II) |
| Lee Ban Chen | Jan 25, 08 6:53pm |
| Pada Zaman Perang (403 BM – 521 BM) di Negeri China, terdapat seorang ahli falsafah idealis yang tersohor bernama Zhuangzi (369 BM – 286 BM). Suatu hari beliau bermimpi menjadi seekor kupu-kupu yang lega dengan kebebasannya.
Bila terkejut dari mimpi, Zhuangzi pun berfalsafah: “Entah Zhuangzi yang menjelma menjadi kupu-kupu, atau sebaliknya kupu-kupu yang menjelma menjadi Zhuangzi ?” Demikianlah cerita Zhuangzi dan kupu-kupu, yang mengisahkan bagaimana Zhuangzi telah ‘terkeliru’ antara ‘mimpi’ dengan ‘kenyataan’! Berbanding dengan Zhuangzi, VK Lingam negara kita lagi ‘hebat’, entah ‘hilang akal atau mabuk’ (perkataan Tengku Adnan), dalam prosiding siasatan suruhanjaya diraja, beliau tidak mampu memastikan sama ada orang yang berbual melalui telefon dalam klip video terbabit adalah beliau atau bukan. Jawapan Lingam cukup anih sekali: “Nampak macam saya, suara macam saya”, tetapi tidak dapat memastikan orang itu adalah dia. Beliau malah berkeras akan memberi jawapan yang sama walaupun ditanya 100 kali lagi! Dia enggan memberi jawapan yang pasti, kononnya telah dinasihati pakar-pakar di luar negeri, bahawa satu-satu cara untuk mengesahkan identiti orang dalam video itu ialah melalui peralatan, meskipun saksi-saksi termasuk Loh Mui Fah, Loh Gwo Burne, Tengku Adnan, penganalisa kanan CyberSecurity Malaysia Mohad Zabri Adil Talib dan Tun Eusoff Chin telah mengesahkan secara positif bahawa dia adalah orang dalam klip video terbabit ï¼� Lingam telah mendakwa beliau adalah raja dalam istana/rumahnya, dia boleh cakap merapu dalam keadaan mabuk atau berpura-pura bercakap dengan Presiden Bush jika dia suka. Pendek kata, dia mungkin mengarut dan mungkin cakap besar, dia sudah tak ingat lagi. Berbanding dengan Dr Chua Sui Lek yang berani mengaku “sayalah orangnya” dalam klip video seks yang dirakam dan disebarkan secara sulit, Lingam padahal seorang yang tidak bertanggungjawab kerana berani bikin tetapi tidak berani mengaku, dia juga amat licik dan cuba menafikan sesuatu yang tidak dapat dinafikan di depan begitu banyak saksi yang telah mengesahkan identitinya. Klip video Padahal dia juga sedar sukar hendak menafikan dialah orangnya dalam klip video terbabit, dan mungkin mendapat inspirasi dari ‘kutukan’ Menteri Pelancongan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor bahawa Lingam ‘hilang akal atau mabuk’ semasa melibatkan beliau dalam perbualan yang berbunyi: “Don’t worry, Dzaiddin recommended Malek… Malek Ahmad to be chief of justice, but we went cut cut cut cut cut, I, Tengku Adnan, Vincent went saw PM lah”. Lingam pun memberi keterangan bahawa dia bercakap besar dan mengarut ketika memberitahu rakan sosialnya Loh Mui Fah bahawa dia bercakap dengan bekas Ketua Hakim Negara, Tun Ahmad Fairuz. Namun isi kandungan perbualan Lingam terbabit amat relevan dengan apa yang berlaku pada masa itu, tidak bersifat karut yang tidak tentu hujung pangkalnya, dan Loh Mui Fah juga telah mengesahkan bahawa Lingam tidak mabuk pada malam itu. Yang hairan ialah Tengku Adnan mengaku tidak pernah cuba menghubungi Lingam untuk mendapatkan penjelasan walaupun peguam itu telah mengaitkannya dengan tindakan membocor maklumat sulit kerajaan. Beliau malah cuba meremehkan perkara tersebut dengan mengatakan namanya sering dipergunakan oleh pelbagai pihak untuk bermacam-macam tujuan di merata tempat! Namun siapakah Lingam yang berani ‘mengarut’ sehingga mengaitkan Tengku Adnan, Vincent Tan dan Perdana Menteri dalam skandal yang begitu serius sekali? Kenapa pula dia tidak diapa-apakan selepas klip video terbabit didedahkan? Tentu ada sesuatu yang tak kena, bukan? Bagaimanapun, tidak dapat dinafikan hubungan Lingam, Tengku Adnan dan Vincent Tan memang rapat pada masa itu, malah diakui Tun Dr Mahathir Mohamad sendiri dalam prosiding siasatan bahawa maklumat sulit berhubung pelantikan hakim nampaknya telah diketahui Lingam seperti yang dirakam dalam klip video terbabit. ‘Kebetulan atau tidak’ Dari transkrip perbualan telefon yang diserahkan kepada suruhanjaya diasatan diraja – selain daripada mengesahkan kepada Loh Mui Fah bahawa pemanggil telefon itu ialah Datuk Ahmad Fairuz, pemangku Presiden Mahkamah Rayuan ketika itu – Lingam juga mengatakan dia akan menyuruh Vincent Tan memberitahu PM supaya melantik Datuk Ahmad Fairuz sebagai CJM (Hakim Besar Malaya) dan menganugerahkan gelaran Tan Sri kepadanya,. Entah kebetulan entah tidak, Ahmad Fairuz memang sudah mendapat kedua-duanya. Dalam klip video terbabit, Lingam telah memberi tahu Loh Mui Fah bahawa dia telah mempergunakan Tengku Adnan dan Vincent untuk mengatur orang yang perlu memegang jawatan penting. Dia juga mendakwa dia mempunyai pengaruh terhadap PM yang akan mendengar kata-katanya dalam perkara yang penting. Lingam mungkin bercakap besar tentang ‘pengaruhnya’ dan kemampuannya untuk ‘mempergunakan’ Tengku Adnan dan Vincent Tan, namun kemungkinan beliau memainkan peranan seorang ‘power broker’ juga tidak dapat ditolak sama sekali memandangkan hubungannya yang rapat dengan Vincent Tan, Tengku Adnan dan Eusoff Chin, dan akses kepada maklumat sulit seperti yang terdedah dalam transkrip perbualan telefon beliau dalam klip video terbabit. Dalam prosiding siasatan, Lingam, Eusoff Chin, Tengku Adnan dan Dr Mahathir, kesemuanya tiba-tiba menghidap sindrom ‘mudah lupa’. Lingam ‘lupa’ akan identitinya, dengan siapa dan apa yang beliau bercakap; Lingam dan Eusoff Chin kedua-duanya ‘lupa’ akan percutian bersama di New Zealand pada Desember 1994; Tengku Adnan ‘lupa’ akan hubungannya dengan Lingam dan peranannya dalam pelantikan hakim-hakim negara; Dr Mahathir ‘lupa’ akan apa yang sebenarnya berlaku dalam proses pelantikan hakim-hakim negara selain menegaskan bahawa beliau sendiri yang membuat keputusan pelantikan hakim-hakim yang terbabit tanpa dipengaruhi oleh sesiapa. Sebab Dr Mahathir sering membidas orang Melayu sebagai mudah lupa, kali ini penyakit itu dikembalikan kepada beliau: Dr Mahathir mudah lupa! Menurut silogisme, jika orang Melayu mudah lupa, maka Dr Mahathir sebagai seorang Melayu, sudah barang tentu mudah lupa juga. Berikut adalah silogismenya: “Orang Melayu mudah lupa, dipetik dari laman: |
-
Recent
- Wakil BN mahu lompat parti
- Pimpinan Abdullah Punca BN Kalah Teruk
- 13
- Siasatan kes video Lingam: Usah menaruh harapan tinggi
- Sindrom Mudah Lupa (Bhg II)
- Pulau Pinang menjadi perhatian dunia
- Perniagaan Sijil Ilmu
- PRU 11 – DUN Kelantan, satu imbasan semula
- PRU 11 – Parlimen Kelantan, satu imbasan semula
- Senarai calon BN di Kelantan
- Muhasabah Sepanjang Lima Tahun Sudah
- Senario Politik di P Pinang
-
Links
-
Archives
- March 2008 (6)
- February 2008 (8)
-
Categories
-
RSS
Entries RSS
Comments RSS